Kelas Usahawan, Penyediaan Dokumen Perniagaan dan E-Commerce
5 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 4 Jun 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas usahawan yang meliputi pembelajaran berkenaan keusahawanan, penyediaan dokumen perniagaan menggunakan Microsoft Word dan pemasaran secara talian. Kelas ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau dan disertai oleh 6 orang peserta. Latihan berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta berkenaan pengenalan awal kepada usahawan. Kelas seperti ini dilihat mampu menambahkan pengetahuan peserta serta membuka ruang kepada peserta agar lebih berminat mempelopori bidang keusahawanan dengan pengetahuan yang dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: